Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Monday, 3 September 2012

Kempen Derma Darah


Salam kepada semua ahli KSKN dan Warga Nationwide Express,

Pihak KSKN akan menganjurkan Hari Derma Darah (seperti yang di lampirkan) yang bertujuan untuk membantu insan lain yang memerlukan bekalan darah bagi meneruskan kehidupan.
Dengan ini, KSKN ingin menjemput semua ahli dan Warga Nationwide Express untuk tampil menderma darah semoga ianya mendapat balasan baik dari Yang Maha Esa.

Tarikh     : 12 September 2012
Tempat   : KSKN Club House, Bangunan NCO
Masa      : 10.00 pagi hingga 4.00 petang


*60 penderma pertama akan di berikan ‘Goody bag’ sebagai tanda cenderahati dari KSKN.

Sekian terimakasih.


Regards,
Amran Ibrahim
Presiden KSKN 

Tuesday, 14 August 2012

Tshirt untuk Dijual

Untuk makluman ahli kelab KSKN,
Pihak AJK sekarang akan menerima pesanan untuk tshirt KSKN yang terbaru.
Pilihan warna adalah: Kuning, Merah, Hitam, Hijau dan Oren. 
Bahagian depan Sulaman Logo KSKN
Bahagian Belakang Tulisan KSKN (versi penuh) 2012/2013
Sila dapatkan dengan segera. Harganya RM30.00







Sunday, 8 July 2012

Pertandingan MISI - KSKN

 

   Pertandingan ‘Misi’ KSKN di buka kepada semua ahli dengan cara mengisi seperti di bawah dalam Bahasa Malaysia mahupun Bahasa Inggeris:

K –
S –
K –
N –

Sebagai contoh :
K - Kami
S - Sokong
K - Kakitangan
N- Nationwide Express


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30hb Julai 2012 dan penyertaan boleh lah di emailkan kepada saya ataupun kepada Puan Azmini.

Hadiah akan di berikan kepada mereka yang berjaya.

Wednesday, 4 July 2012

Club House


Salam dan Selamat Sejahtera kepada semua,

Ingin kami war-warkan aktiviti-aktiviti yang akan di jalan kan oleh KSKN dan semua ahli adalah di jemput bersama memeriahkan nya.

Di antaranya ialah:
1-      KSKN telah pun mempunyai blog sendiri iaitu http://ksknclub.blogspot.com/ dan di jemput semua ahli dan warga Nationwide untuk melawat blog ini.
2-      Selain dari itu, pihak KSKN telah pun berjaya mendapatkan Rumah Kelab (Club House) sementara iaitu di Training Room lama di NCO.
Pihak KSKN telah menyediakan Indoor Games bagi semua AHLI SAHAJA dan di buka pada waktu seperti berikut:

                Lunch Time         : 12:30pm – 1:30pm
                Evening                 : 05:30pm – 07:30pm

Pihak Pengurusan Nationwide Express telah memberikan kebenaran kepada KSKN untuk meletakkan meja ping-pong di kantin NCO bagi semua ahli menggunakannya mengikut masa seperti di atas.